Tuesday, April 28, 2009

Bayiku



Inilah bayiku... menjadi penawar duka dan penyejuk mata. Biar penat badan bekerja, namun apabila memandangnya hati rasa gembira dan penat terus berlalu. Amat seronok bermain dengan bayiku. Kini sudah pandai ketawa dan sedang mengenali bahasa. Sungguh tidak terkira betapa aku sentiasa kerinduan jika berpisah walau seketika dengannya. Walaupun baru menjangkau usia empat bulan, keletahnya memaut hati untuk sentiasa bersama. Itulah anugerah Tuhan yang besar kepada hambanya.....

Wednesday, April 15, 2009

Puteri ku tersayang...

Inilah puteri dan adik-adik yang ada...Yang tepi kiri sekali sudah pasti puteri kesayanganku seorang. Dialah intan, dialah payung emak dan ayah. Apakan daya sekian lama menunggu hanya dialah puteriku seorang...Pemalu dan rajin.....

Persaudaraan yang luhur..


Persaudaraan dan pertalian keluarga amat penting buatku. Bak kata pepatah melayu tidak akan putus air kalau dicincang. Begitulah juga persaudaraan dalam diriku. Keluarga sentiasa berada di belakangku. Dalam mengharungi kehidupan ini aku amat memerlukan doa dan sokongan keluarga terutama ibu. Tanpa doa beliau mana mungkin aku boleh sehingga ke tahap ini, mempunyai pekerjaan tetap di samping bergelar isteri, ibu dan mahasiswa. Aku bersyukur mempunyai keluarga yang sering mengambil berat akan diriku. Terima kasih Ya Allah..

Suamiku


Suamiku tersayang......

Seorang yang sabar dan amat memahamiku kini. Sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan. Dari dulu hingga usia perkahwinan menjangkau enam belas tahun kini, dia yang ku kenal tetap seperti dahulu. Sering memberi pengalaman yang berharga kepada diriku. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan kurnianya aku masih terus bersama suami tercinta..

Puteraku


Inilah putera-putera kesayanganku. Mereka menjadi harapan sebagai penerus genarasiku. Mereka adalah anak-anak yang salih dan taat kepada kedua orang tuanya. Hobi mereka seakan serupa iaitu bermain games. Aku biarkan sahaja mereka melayan hobi kegemaran mereka kerana dari situ aku dapati mereka semakin akrab walaupun mempunyai beza umur begitu nyata iatiu jarak tujuh tahun. Aku bahagia memiliki putera-putera cemerlang seperti mereka. Syukur.....

Tekanan



Tekanan atau stress di tempat kerja biasa berlaku pada setiap individu bekerja. Banyak faktor yang membawa kepada kepada tekanan. Ia mungkin berpunca dari diri individu itu sendiri atau persekitaran yang wujud. Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari menghadapi tekanan. Namun begitu tekanan boleh memberi impak yang positif dan juga negatif. Apapun terpulang kepada individu itu untuk menterjemahkan kesan tekanan atau stress terhadap diri mereka.

Diriku


Salam buat semua.....

Hari ini aku bersyukur kerana mendapat satu lagi ilmu yang begitu bernilai. Belajar membuat blog. Kecanggihan teknologi masa kini membuatkan aku terfikir untuk bersama-sama menghadapi keseronokan mengetahui kehebatan dunia it. Memang menyeronokkan.....

azza