Monday, August 31, 2009

Pintu Syurga Dibuka

Bila sahaja masuk bulan Ramadan, semua pintu syurga dibuka dan tiada satu pintu pun yang ditutup. Malaikat menyeru."Wahai orang yang gemar kepada kebaikan, terimalah kehadiran Ramadan".

Syurga tersangatlah indah sehingga mata manusia tidak pernah melihat keindahan seindah itu, telinga pula tidak pernah mendengar bunyi-bunyian yang semerdu itu dan tidak terlintas di fikiran manusia kehebatan yang ada dalam syurga. Namun, apabila masuk bulan Ramadan, syurga yang sudah tersedia indah itu dihiaskan lagi. Keindahan yang tidak mungkin dapat digambarkan di dunia ini.

Rasulallah s.a.w menjelaskan kepada kita kejadian yang berlaku apabila masuknya bulan Ramadan:"Bila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan". (HR Muslim)

Kehadiran Ramadan merupakan satu rahmat yang ditunggu oleh penghuni di dunia dan di langit. Allah membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat perintah Allah. Bahkan Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-Nya. Di samping itu pintu-pintu rahmat dibuka seluas-luasnya bagi seluruh hamba-Nya yang tekun beribadah. Terbukanya pintu-pintu syurga sepanjang bulan Ramadan kerana menghormati bulan yang mulia ini. Oleh itu, jika ada nama lain yang boleh diberikan kepada Ramadan, amat sesuai Ramadan dinamakan sebagai bulan syurga lantaran terbukanya semua pintu syurga.
Allah s.w.t sentiasa menyeru manusia untuk mendapat keampunan daripada-Nya dan memasuki syurga-Nyata. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 133 bermaksud:"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"
Hasan al-Basri berkata,"Allah telah menjadikan Ramadan sebagai arena pertandingan makhluk-makhluk-Nya. Mereka berlumba dengan ketaatan demi meraih reda-Nya. Sebahagian berjaya dan keluar sebagai pemenang. Namun sebahagian lagi meninggalkan ketaatan dan mereka termasuk orang-orang yang rugi..."

Tidak ada lagi bulan yang dibuka pintu syurga seluas bulan Ramadan. Tidak ada lagi peluang yang lebih baik untuk mendapatkan kunci syurga selain daripada bulan Ramadan. Tiada lagi tawaran yang lebih hebat daripada Ramadan. Tiada kerugian yang lebih besar kecuali kepada orang yang tidak mengendahkan tawaran Ramadan. Inilah masa untu mendekatkan diri dengan syurga Allah yang terbentang luas merentangi langit dan bumi.
Marilah kita merebut tawaran Allah ini, satu tawara yang tidak pernah ditawar oleh mana-mana makhluk. Tawaran itu adalah syurga!

Dipetik dari Bingkisan Ramadan
Jabatan Pelajaran Selangor.

Thursday, August 27, 2009

Saat itu terpahat kaku

saat itu masih segar dalam ingatan
saat itu masih menjadi igauan
dalam benak fikiran
saat itu akan terus jadi kenangan
teguh terpahat jadi pedoman

keperitan kepayahan
tiada sempat untuk dibayar
kesabaran kesungguhan
tiada sempat dihadiahi kejayaan

jauhnya lubuk ditelan
sentiasa ia diiring pemergian
doa harapan
agar bersama yang dimuliakan.....

Monday, August 10, 2009

Penambat hati


Pabila kaki ingin melangkah pergi terasa hati berat meninggalkannya. Pagi dan malam hari tiba dia pasti ku tinggalkan sementara. Meneruskan tanggungjawab sebagai guru dan perjuangan sebagai pelajar. Si kecil yang seakan faham perasaan si ibu hanya memandang penuh dengan harapan si ibu pulang segera. Masa akan berlalu dan aku menunggu tika dan saat itu.



Sempat beri pose masing-masing sebelum menziarah keluarga...dulu berlima kini bertambah seorang lagi. Wah..tak sangka dah besar famili ku. Apapun syukur kerana semuanya sihat-sihat belaka. Cuma seorang di belakangku perlu lebih perhatian sedikit.. biasalah.

Saturday, May 2, 2009

Kenangan dihari raya



Gambar kenangan sekeluarga di hari raya 2007.

Penghibur


Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang sangat besar kepada kita. Biar payah untuk mendidik dan membesarkan mereka, kita dapat rasakan titipan Tuhan itu punyai seribu satu sorotan sangat bermakna. Dalam ramai-ramai anak pasti ada yang paling menjadi penceria dalam semua keadaan. Begitu juga dalam kehidupan keluarga ku, anak yang jika tidak ada dia suasana rumah senyap dan sepi, kehadirannya amat dirasai semua. Sicomel berbaju kuning, merupakan anak ke-tiga dalam keluarga, sangat bijak berkata seperti orang tua lagaknya. Saiz badan boleh tahan..... makan sudah dikawal, namun menjadi-jadi juga. Apakan daya doktor nasihat kawal makan, kawal manisan, dan banyakan minum air putih dan aktif dalam bermain. Semua telah dibuat namun sianak tetap berkata mengapa badan dia tak mahu turun. Sampai dia yang baru berusia empat tahun boleh terfikir nak makan ubat mengurus badan. Ketawa satu keluarga dibuatnya...Tapi jauh disudut hatiku, amat berharap agar Tuhan sentiasa melindunginya dari segala penyakit yang sukar diubati.

Cintai alam sekitar



Bumi ini amanah Tuhan, dijaga rapi ke akhir zaman. Usah dicari kemurkaan Tuhan, kelak nanti ditimpa seksaan. Tanah, udara dan lautan, Allah kurnia pelbagai kegunaan, mesti dihayati penuh kesyukuran, pasti dilimpahi pelbagai kurniaan.

Sampai hati membuat kerosakan, menangis bumi banyak pencemaran. Tanah, sungai, parit lautan, kotor ditaburi sisa buangan. Sematkan di jiwa semangat iltizam, janganlah suka berbuat kejam, flora dan fauna tidak terancam, kehidupan di dunia akan tenteram.

Sayangi alam sekitar.