Pabila kaki ingin melangkah pergi terasa hati berat meninggalkannya. Pagi dan malam hari tiba dia pasti ku tinggalkan sementara. Meneruskan tanggungjawab sebagai guru dan perjuangan sebagai pelajar. Si kecil yang seakan faham perasaan si ibu hanya memandang penuh dengan harapan si ibu pulang segera. Masa akan berlalu dan aku menunggu tika dan saat itu.
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang anak kak za akan memahami bahawa kak za seorang guru dan perlulah kak za menjalankan tanggungjawabnya...
ReplyDeleteharap-harap si comel sihat selalu ...
Sabar itu separuh daripada iman.
ReplyDeletesamalah kita k.zah.tetapi k.zah lebih beruntung dan bertuah berbanding dengan saya yang terpaksa meninggalkan tiga orang anak kecil di nursery setiap pagi dan setiap malam. waktu mereka bersama dengan amat terhad. Kepenatan saya tak dapat diukur dengan ayat-ayat, sebelum ke sekolah hantar anak ke nursery, jam 2 petang ambil anak bawa pulang ke rumah,kemudian selepas maghrid hantar lagi mereka ke nursery. anak-anak saya membesar di dalam kereta di perjalanan.Lebih kurang jam 11 malam baru pergi ambil anak-anak. Ketika itu mereka semuanya sudah lena, keletihan. Sesekali terasa hiba juga melihat mereka terpaksa melalui sesuatu yang tidak sepatutnya mereka hadapi. Waktu lapang sangat berharga untuk saya, demi untuk menyiapkan tugasan dan keperluan lain.
ReplyDeleteTika dan saat-saat yang dinanti-nantikan itu menjelang tiba.
ReplyDeleteKian berdekatan hari demi hari.
Marilah kita bersama-sama menjemput kedatangannya dengan hati yang sabar lagi tabah.
Begitulah kehidupan ...
ReplyDeleteIanya perlu diteruskan,
Bukan hanya sebagai guru atau pelajar,
Malah ibu dan juga isteri...
Marilah kita panjatkan doa agar dimudahkan segala urusan,
Hanya padaNya kita mengadu dan padaNya lah kita berserah,
Menanti masa depan yang cerah,
Anak-anak dan suami bagai mengerti,
Apa yang terjadi,
Bukan jalan yang mudah,
Untuk mencari arah,
Semoga Allah memberi petunjuk dan arah.
Insyaallah
Kawanku..
ReplyDeleteUsah digusar kesulitan yang tiba
Pasti kebaikan akan menjelma
Harungilah segalanya dengan tabah
Kebahagiaan pasti menunggumu
Sahabat,
Ketabahan insan memang diuji
Titipkan kesabaran di hatimu
Sinar kegembiraan pasti di hadapanmu
Kak Azzah, perjalanan hidup kita memang memerlukan pengorbanan. Kadang kala kita yang perlu berkorban. Kadangkala kita dan anak sama-sama perlu berkorban. Yang penting ada persefahaman. Kadang-kala saya berasa bersalah juga terhadap anak-anak sebab sebenarnya kita mencuri masa kita bersama mereka.
ReplyDeleteKita cuba lakukan yang terbaik mungkin demi sebuah kehidupan keluarga yang lebih bahagia.