Friday, May 1, 2009

Demi masa



"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang melakukan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."

Sentiasalah mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa sepenuhnya bagi aktiviti-aktiviti berfaedah walaupun kita terlalu sibuk saban hari. Perancangan yang jitu perlu dalam menggunakan masa. Penangguhan dalam melakukan aktiviti seperti mentelaah dan sebagainya perlu dielakkan. Aktiviti seperti"SMS"dengan telefon bimbit serta ketagihan ber"chatting"di internet perlu ditangani dengan bijak dalam menguruskan masa.

Untuk memudahkan pengurusan masa, eloklah kita menggunakan jadual kerja seharian. Ini adalah bertujuan memberi panduan agar kita tidak leka terhadap objektif kita seharian. Dalam melakukan penjadualan seharian kita perlu mengagihkan masa untuk bekerja dan berehat secara seimbang.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

"Pada setiap terbit fajar, ada dua malaikat menyeru: 'Wahai anak Adam! Aku adalah hari yang baru dan aku datang untuk menyaksikan semua amalan kamu. Oleh itu manafaatkanlah aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi sehingga Hari Pengadilan."

Maka, bersama-samalah kita menjaga masa kita.

No comments:

Post a Comment